Make your own free website on Tripod.com
Santapan Minda
Cerita 6

HOME

Cerita 1
Cerita 2
Cerita 3
Cerita 4
Cerita 5
Cerita 6
Cerita 7
Cerita 8
Cerita 9
Cerita 10

Anak Derhaka

Di sebuah kampung yang diberi nama Kg. Kuali Lebam Sebatang.... tinggallah
seorang janda beranak satu...Senah namanya. Anaknya nak kata budak
tidak...nak kata tua pun tidak tapi perangai...masyaalah! ngalah kan setan
aprait.... Mereka hidup takler senang...hidupnya kais pagi makan pagi...kais
petang makan petang.
Nama anak Si senah nie orang panggil Dak Atan... SiAtan nie kurang ajar
orangnya....hobi utama dia lumba motor haram....oleh sebab perangainya tak
serupa orang .maka maknyapun tak kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak
dijadikan cerita....

Suatu hari tuh Atan teringinkan sebuah motor...selama nih pun kalau Si Atan
teringin nak ber-racing dia pinjam dari kekawannya...tapi kali nih dia tak
berpeluang lagi disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat
dia...maklumlah ganas dan gelojoh dan rakus sangat. so, dia paksa ler maknya
belikan sebuah motor yang canggih!!!

dengan kurang ajarnya Atan berkata " oii! kau!! aku nak motor" . Dengan
lemah maknya jawab " mana aku nak cekau duit Atan oii?" Atan bengang lalu
dengan biadapnya Atan berkata lagi" Aku tak kira orang tua!!! kalau aku kata
aku nak...aku naklah!!! besok aku nak tengok motor tuh dah ada depan mata
aku.. FAHAM????"

maka keesokkan harinya tersedialah motor tuh utk SiAtan...sebulan selepas
tuh... Senah teringin nak minum air teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk
teh tu....Dengan angkuhnya Atan melenting...........

Atan: Apa ??? ko nak aku belikan teh semata2 untuk ko, dengan naik motor aku
yg canggih nih?? mana boleh!!! Tak glamour!!!!

Mak: tak pe kalau ko tak nak tolong aku !!

Dengan sedih Senah menahan sabar...Lepas tuh Atanpun blah ngan motornya
((pergi Racing)) ... Nasib Atan agak malang..dia mati katak dlm kemalangan
ketika berlumba ((padan muka)) ...maka mayatnya pun dikebumikan dengan
selamat... semua sanak saudara sedih atas kematian Atan kecuali emaknya....

Kemudian ketika orang menyiram air mawar di pusara Atan..maknya enggan
menyiram pusaranya ngan air mawar.. tetapi maknya menggunakan air
TEH.......lalu... maknya berkata "kerana teh la anak aku mati..."

Sedang maknya sibuk menyiram...tetiba...kubur Atan merekah..maka semua yang
ada disitu lari lintang pukang ..tak cukup tanah kecuali Senah..(.emaknya)
lepas tuh....atan keluar dari kubur dan bertentang mata dgn maknya.. Lalu
dengan tak semena2 mulut Atan bergerak dan berkata dengan lantang.........









Teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!