Korang nak tau pasal aku ker? Kalau
nak tau, baca. Kalau tak nak tau, surf tempat lain. Hahahaa...
Senang. Abis cerita!!!
Ok... First of all, nama aku
Sariffudin Bin Basar seperti mana yang termaktub didalam rekod Pendaftaran
Negara. Sebagai bukti, salinan kad pengenalan disertakan.
Ni la
dia salinan Kad Pengenalan aku
Haaa.... Bukti kukuh dah ada...
Kalau korang tak caya tak tau laaa..... Seperti yang korang
tengok kat ic aku tu, aku anak jati Johor Darul Ta'zim. Alamat aku pun
ada kat atas tu. Siap nombor ic lagi. Walau bagaimana sekalipun,
kesahihan segala maklumat yang tertera adalah bergantung kepada kekuatan
kadar kepercayaan korang semer pada apa yang korang tengok tu. Hehehee....
About Myself
Hmmm.... Aku nie kalau korang nak
tau anak pertama dalam keluarga aku. Kira anak sulung la nie dan
akulah pemikul tanggungjawab terbesar dalam keluarga aku... Aku nie
tak la baik sangat tapi adik˛ aku cukup hormat dengan aku. Aku ada 3
orang jer adik beradik. Semua lelaki. Pergh!! Hero semua
tu... Tapi nakalnya ngalahkan pelakon undangan. Tak terkawal dek
ketua kampung. Hahahaa.... Gurau jer... Adik aku yang tengah
muda 6 tahun dari aku. Adik aku yang bongsu pulak muda 6 tahun dari
adik aku yang tengah. Jauh jarak kita orang nie... Tapi takper...
Itu rezeki masing˛ kan.
My Education Background
Aku tak pandai sangat dalam education nie.
Praktikal mungkin la, tapi kalau on paper, out! Hahaha.... Biasa laa....
Kurang rajin daaaa... Aku dulu asalnya sekolah tadika.
Pastu aku terus membesar. Jadi terpaksalah aku dihantar ke sekolah
rendah di kampung aku. Nama sekolah aku, Sekolah Kebangsaan Simpang
Lima Darat (SKSLD). Nam tahun pas tu aku gi sekolah kat pekan pulak.
Kat Sekolah Menengah Bukit Gambir (SMBG). Tapi sekejap jer.
Sebulan sekolah dah tukar sekolah dah. Aku gi sekolah kat Negeri
Sembilan. Kat Labu. Korang tau ker kat mana sekolah tu.
Kalau tak tau takper pasal sekolah tu ceruk sikit. Jauh gila dari
manusia. Dalam kebun getah la katakan. Nama sekolah tu Sekolah
Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Aku rasa korang mesti tak pernah
dengar kan? Hehehee... Aku paham. lagipun, sekolah aku nie low
profile....
Pas SPM, aku masuk matrikulasi 2 tahun
kat Sekolah Menengah Sains Muar (SMSM). Pergh.....! Boring giler
kat sana. Macam apa jer aku rasa. Tapi semer tu berakhir bila
aku masuk U kat sabah. Alaaa... Tak kan itu pun tak tau. U
mana lagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) laaa.... Skang aku dah abis
dah... tapi tanam anggur gak. Biasa laa... Malas la nak kerja.
Nanti laa... Kalau ada rezeki, aku kerjas laaa....