DRAKULA 2001
Kalau hangpa nak tau macam mana 'ketegaq'nya Dracula, hangpa baca la
cerita ni...
--------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa kepagar syurga
berjumpa Tuhan. Tuhan enggan membenarkan Dracula masuk ke syurga kerana
dosa-dosanya membunuh dan menghisap darah manusia. "Saya akan memberi kamu
satu lagi peluang untuk menebus dosa yang kamu lakukan" kata Tuhan "Saya
akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi kamu tidak akan berupa manusia.
Kamu hanya akan dijelma ke 'benda' bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih?"
tanya Tuhan.
"Okay...Saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH, heh..heh.." Tuhan pun bersetuju dan menukar Dracula menjadi seekor
KELAWAR PONTIANAK.
Kemudian Dracula pergi ke bumi, terbang ke sana sini menghisap darah
haiwan sehingga satu hari dia ditembak oleh seorang pekebun. Sekali lagi
dia dibawa menghadap Tuhan. "Saya akan memberi kamu satu lagi peluang"
kata Tuhan "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai
manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?".
Dengan sipu-sipu Dracula menjawab "Saya nak jugak menjadi BENDA HIDUP YANG
BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Tuhan fikir sekejap dan kata "Kalau itu
yang kau mahu" sambil menukar Dracula menjadi seekor NYAMUK.
Dracula turun ke bumi, terbang ke sana sini menghisap darah manusia dan
haiwan sehingga pada suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula
terasa bodoh sangat bila berhadapan dengan tuhan buat kali ketiga. "Saya
akan memberi anda peluang yang terakhir untuk bertaubat!" kata Tuhan "Tetapi
kali ini kamu hanya dapat menjadi sesuatu benda yang tidak bernyawa. So,
apa pula kali ini?" tanya Tuhan.
Dracula yang masih degil ini menjawab "Okay...okay... tolong tukarkan saya
kepada "BENDA YANG TIDAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH heh..heh..".
"No problem" kata Tuhan dan terus menukar Si Dracula menjadi TUALA
WANITA WHISPER MAXI PAD!!!