Cerita 10

 
Home
Up
Cerita 1
Cerita 2
Cerita 3
Cerita 4
Cerita 5
Cerita 6
Cerita 7
Cerita 8
Cerita 9
Cerita 10
Cerita 11
Cerita 12
Cerita 13
Cerita 14
Cerita 15
Cerita 16

 

 

DRAKULA 2001

Kalau hangpa nak tau macam mana 'ketegaq'nya Dracula, hangpa baca la cerita ni...

--------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa kepagar syurga berjumpa Tuhan. Tuhan enggan membenarkan Dracula masuk ke syurga kerana dosa-dosanya membunuh dan menghisap darah manusia. "Saya akan memberi kamu satu lagi peluang untuk menebus dosa yang kamu lakukan" kata Tuhan "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke 'benda' bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih?" tanya Tuhan.

 "Okay...Saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh..heh.." Tuhan pun bersetuju dan menukar Dracula menjadi seekor KELAWAR PONTIANAK.

Kemudian Dracula pergi ke bumi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga satu hari dia ditembak oleh seorang pekebun. Sekali lagi dia dibawa menghadap Tuhan. "Saya akan memberi kamu satu lagi peluang" kata Tuhan "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?".

Dengan sipu-sipu Dracula menjawab "Saya nak jugak menjadi BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Tuhan fikir sekejap dan kata "Kalau itu yang kau mahu" sambil menukar Dracula menjadi seekor NYAMUK.

Dracula turun ke bumi, terbang ke sana sini menghisap darah manusia dan haiwan sehingga pada suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan dengan tuhan buat kali ketiga. "Saya akan memberi anda peluang yang terakhir untuk bertaubat!" kata Tuhan "Tetapi kali ini kamu hanya dapat menjadi sesuatu benda yang tidak bernyawa. So, apa pula kali ini?" tanya Tuhan.

Dracula yang masih degil ini menjawab "Okay...okay... tolong tukarkan saya kepada "BENDA YANG TIDAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH heh..heh..".

 "No problem" kata Tuhan dan terus menukar Si Dracula menjadi TUALA WANITA WHISPER MAXI PAD!!!

 

Home | Cerita 1 | Cerita 2 | Cerita 3 | Cerita 4 | Cerita 5 | Cerita 6 | Cerita 7 | Cerita 8 | Cerita 9 | Cerita 10 | Cerita 11 | Cerita 12 | Cerita 13 | Cerita 14 | Cerita 15 | Cerita 16

This site was last updated 28/06/02