Make your own free website on Tripod.com
 

Cerita 6

 
Home
Up
Cerita 1
Cerita 2
Cerita 3
Cerita 4
Cerita 5
Cerita 6
Cerita 7
Cerita 8
Cerita 9
Cerita 10
Cerita 11
Cerita 12
Cerita 13
Cerita 14
Cerita 15
Cerita 16

 

 

JENAKA K3P

--------------------------------------------------------------------------------

JENAKA 1

Tiga orang lelaki yang terlibat dalam jenayah berat dihukum penjara 20 tahun setiap seorang. Mereka dibenarkan membawa bersama ke penjara satu barang kesayangan masing-masing. Lelaki pertama meminta sejumlah buku. Manakala lelaki kedua mahukan isterinya dan lelaki ketiga meminta berkarton-karton rokok.

Setelah berakhir hukuman, sel lelaki pertama dibuka, dia keluar dengan semangat baru. "Ah… lega. Dua puluh tahun aku belajar bersungguh-sungguh. Tengoklah nanti, akulah peguam terhandal di negeri ini, " katanya.

Kemudian pintu sel kedua dibuka. Keluar lelaki kedua bersama isterinya dan lima orang anak. "Uh… 20 tahun saat paling indah dalam hidup.Lihatlah buktinya, sebuah keluarga yang sempurna, " katanya dengan wajah ceria.

Apabila pintu sel ketiga dibuka, lelaki itu keluar sambil meraba-raba kocek baju dan seluarnya. Dia kemudian bertanya pegawai penjara disisinya. "Ada mancis tak?"

--------------------------------------------------------------------------------

JENAKA 2

Ketika memeriksa seorang pesakit, Dr. Adam mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.

Doktor: Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah: Tapiiii … saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor: Apa??? Cepat bawa dia ke hospital!

--------------------------------------------------------------------------------

JENAKA 3

Peter yang telah lama bertugas di Hong Kong terkejut apabila tunangnya tiba-tiba ingin memutuskan pertunangan. Wanita itu juga meminta dikembalikan semua gambarnya. Lalu Peter memungut semua gambar yang ada dalam simpanannya, kemudian dibungkus dalam kotak besar lalu diposkan kepada tunangnya bersama nota … " Maaf, aku lupa yang mana satu gambar kau. Pilihlah sendiri gambar tu, tapi ingat … selebihnya kembalikan pada aku."

--------------------------------------------------------------------------------

JENAKA 4

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.  

 

Home | Cerita 1 | Cerita 2 | Cerita 3 | Cerita 4 | Cerita 5 | Cerita 6 | Cerita 7 | Cerita 8 | Cerita 9 | Cerita 10 | Cerita 11 | Cerita 12 | Cerita 13 | Cerita 14 | Cerita 15 | Cerita 16

This site was last updated 28/06/02